Monday, August 13, 2007

Karangan suspens/misteri



Tapak Kaki

Oleh: Munirah (28) 3D

Aku pandaang ke belakang. Tiada sesiapapun. Aku bersambung jalan ke arah bangunan itu. Terdengar tapak kaki di belakang saya lagi. Siapa agaknya ya? Tiada sesiapapun di kelilingku. Keadaanya senyap. Hanya terdengar tiupan angin sejuk pada malam itu.

Aku baru sahaja pulang daripada sambutan hari jadi kawan baikku. Aku yang terakhir keluar daripada rumah kawanku itu. Ibu bapaku tidak ada di rumah. Mereka elah pergi ke majlis jemputan. Kakakku pula bermalam di rumah kawannya. Aku terpaksalah pulang bersendirian.

Ia kali ketiga aku terdengar tapak kaki. Aku tidak pandang ke belakang lagi. aku terus ankat kaki ke arah jalan raya yang sibuk. Aku lari secepat munkin tanpa berhinti sehingga sampai ke tempat itu.

"Haaa..." aku terasa lega sedikit. aku menyeberangi jalan raya dan menunggu di perhentian bas hingga bas itu datang. Aku seorang sahaja yang menaikki bas itu. "Haa...Tiada siapa yang mengikutiku lagi" kataku sendirian. Sedangku jalan ke blok rumahku, terdengar lagi tapak kaki. Rupanya dia belum lagi putus asa. Aku terus lari ke tangga ke rumahku di tingkat lima. Ia ikutiku pula. Dadaku turun naik, turun naik. Banyak soalan tertanya di hatiku.

"Mengapa da mengkuti aku? Dia orangkah? bgaimana dia tahu yang aku tinggal di sini walaupun dia tidak menaiki bas bersamaku? Dia penculikkah? Perogol? Pencuri? Penunggu? Aku takut! Ya allah, tolonglahku"

Akhrnya, sampai juga di tingkat lima. Nasib baik Makcik Tah di situ. Dia sedang mencari kunci dari begnya untuk membua pintu rumahnya. "Makcik, makcik ada sesutatu yang..." Aku pandang kebelakang. Tiada sesiapapun disitu. Aku rasa hairan. Munkin ia takut dinampak orang," Tidak ada apa-apa makcik, munki imaginasiku sahaja."

Aku pun ke pintu rumah. Sebelum memasukki rumah, aku memandang ke arah rumah makcik dan tangga di belakangnya. Eh? Makcik Tah tiada di situ. Cepat ya dia? Tetapi aku tidak mendengar bunyi pintu pun. Tidak apalah.

~


Aku menanggalkan bajuku untuk mandi. badanku berpeluh-peluh. Aku rasa lega. Sekarang aku selamat. Sedang aku mandi, aku inat balik insiden itu. Akupun menggeletar. Setelah aku keringkan rambut, aku pandang ke belakang. "Ahhh!" Aku ternampak sebuah lembaga! Setelah aku buka mata baru aku sedar yang rupanya, ia bajuku. Tetapi, ceritanya belum akhir.

Setelah aku berada di bilik, terdengar bunyi tapak kaki itu lagi. Aku mengambil selimut dan menutup diriku. "Mak, pak, Cepat balik! Agaknya ada orang di depan rumah kita",aku memanggil mereka.

Posted by MUNI- at 6:02 PM

Wednesday, July 11, 2007

Laporan





*Selaku seorang wakil pelajar di sekolah kamu, kamu telah ditanggungjawabkan untuk melaporkan tentang satu pementasan yang bar diadakan bagi mengutip derma bagi mangsa tsunami. Hasilkan laporan berikut.




Mainlah Peranan Anda

Tarikh: 15 oktober 2005

Tempat: Sekolah Menengah Fairfield Methodist

Bilangan Pelajar:43 (seluruh kelas 3D)

Matlamat: Membantu sesiapa yang memerlukan

Kami semua tahu yang sebuah buruk telah melanda bukan sahaja satu negeri tetapi beberapa negeri seperti Indonesia, Thailand, Sri Langka dan India. Bencana buruk ini juga telah membunu beberapa juta orang sehingga ada yang tidak mempercayainya. Ramai kehilangan kaum keluarga dan menjadi anak yatim. Rumah-rumah telah roboh akhibatnya. Ramai dibiar tanpa tempat teduh. Ini semua terjadi kerana ombak gergasi tsunami.

Ramai telah patah hati gara-gara tsunami ini. Ada yang menjadi miskin kerana ombak gergasi itu telah mengambil semua wang dan harta benda mereka. Ramai juga rasa yang hidup mereka tiada makna lagi.
Kami sekelas, telah membuat sebuah konsert nyanyian khas untuk mengutip derma bagi mansa bencana tsunami. Semua duit yang dikumpulkan daripada penjualan tiket-tiket akan diberi kepada mangsa tsunami yang memerlukan. Kami telah menyediakan beberapa tabung-tabung derma untuk menolog mansa-mangsa tsunami ini di beberapa tempat di sekolah. Kami telah memainkan peranan kami untuk mengutip derma. Jadi mainkanlah peranan anda untuk menolong mangsa-mangsa tsunami ini.

Posted by MUNI- at 4:53 AM

Wednesday, May 30, 2007

Topik 6.

*Ramai remaja dewasa ini yang terlibat dalam kegiatan seks rambang dan ini menimbulkan banyak masalah. Hanya diri mereka sahaja yang patut dipersalahkan. Apa pendapat kamu???

Seks ialah sesuatu yang diharamkan di umat Islam. Tetapi masih ada ramai yang membuat demikian. Bilangan kelakuan seks di kalangan remaja ini sedang dan telah semakin meningkat. Ini sesuatu yang menakutkan dan membimbangkan kerana ini ialah sesuatu yang kami ingat tidak boleh berlaku. Apa yang lebih menakutkan ialah umur seorang budak itu apabila pertama kali melakukannya .kelakuan seks ini dilakukan oleh seorang budak apabila masih berada di sekolah rendah. Pernah dicatat di akhbar yang seorang budak perempuan berumur sembilan tahun telah hamil kerana telah melakukan seks. Saya terperanjat apabila membaca berita ini.

Seks telah menjadi sebuah tren pada zaman remaja ini. Mengapa mereka membuat demikian? Ramai daripada remaja-remaja ini dibiarkan di rumah dan tidak dikawal. Jika tidak dikawal, mereka bebas untuk membuat apa sahaja mereka suka. Mereka boleh menggunakan computer sepanjang hari ataupun mereayap sebelum ibu bapa mereka pulang. Komputer ialah sesuatu alat yang boleh membawa keburukkan. Komputer ada ruang chat dan ramai daripada orang yang membuat seks dikenalkan di ruang chat. Ada seorang pelapor hendak membuat eksperimen. Dia cuba menjadi seorang perempuan berumur tiga belas tahun di ruang chat dan ramai lelaki menyuruhnya membuat seks dengan mereka. Akhirnya, dia memberitahu mereka umur sebenarnya dan kerjanya. Kajian ini menerangkan lebih tentang peningkatan kelakuan seks. Jadi hanyakah diri mereka sahaja yang patut dipersalahkan? Ini semua bermula dengan kawalan ibu bapa terhadap anak mereka.

Remaja juga membuat seks kerana mahu cuba dan rasa apa ia benar-benar. Kadang-kala remaja membuatnya untuk hilang geram mereka terhadap sesuatu. Kadang-kala juga, mereka membuatnya untuk menunjuk pemberontakkan mereka. Kelakuan ini semua mahu diberhentikan oleh masyarakat. Apa yang boleh kami lakukan? Kadang-kala remaja remaja membuat kelakuan ini, tanpa memikir tentang akibatnya yang buruk seperti mereka boleh hamil, mendapat virus HIV dan banyak lagi. Kami boleh meletakkan poster-poster di mana-mana sahaja untuk meningkat kesedaran. Kami boleh juga mengadakan kempen-kempen atau bengkel untuk mengasuh ibu bapa supaya menjaga atau mengawal anak mereka dengan betul supaya kelakuan seks atau tidak akan terjadi.

Kami semua harus memainkan peranan untuk mengurangkan atau memberhentikan remaja membuat seks.

Posted by MUNI- at 8:13 PM

Saturday, March 17, 2007

Topik 5.

Topik b.
*Kerja-kerja rumah yang sering diberikan oleh guru-guru patut ditiadakan. Berikan sebab-sebab samada awak bersetuju atau tidak.

Kerja-kerja rumah sering diberi oleh guru-guru sekolah kepada murid-murid mereka di sekolah. Saya setuju dengan kenyataan yang kerja-kerja rumah yang sering diberikan oleh guru-guru patut ditiadakan.

Ramai murid sekolah mengadu yang guru mereka tidak patut memberi kerja rumah kerana dengan kerja rumah, mereka telah mengatasi banyak masaalah. Kerja rumah akan membuat seorang itu rasa tertekan. Jika seseorang itu diberi banyak kerja rumah, minda mereka akan memikir terlalu banyak lalu mereka akan rasa tertekan.

Kami perlu menimbang belajar dan bermain bukan? Kerja rumah seperti belajar. Di sekolah, kami belajar. Jika guru memberi kerja rumah yang harus diselesaikan di rumah, bilakah boleh kami bermain? Kadang kala, setelah sekolah selesai, kami akan mengada aktiviti –akitiviti sekolah. Kami akan balik lewat ke rumah. Jika guru memberikan kerja rumah, kami terpaksa tidur lewat malam kerana membuat kerja rumah. Ia tidak begitu sihat kerana kami terpaksa bangun siang untuk ke sekolah pada keesokkan hari. Kerja rumah mengurangkan masa kami untuk membuat apa-apa sahaja seperti bersama keluarga dan keluar dari rumah.

Tetapi sebahagian saya tidak setuju dengan kenyataan di atas yang kerja-kerja rumah yang sering diberikan guru-guru patut ditiadakan kerana kerja rumah membawa banyak faedah. Kerja rumah ialah latihan yang diberi oleh guru supaya seorang murid itu dapat memahami lebih tentang topik yang diajar oleh guru mereka. Kerja rumah juga ialah sesuatu yang memperbaiki kami dalam sebuah subjek. Ia juga mengembangkan sel-sel di minda kami. Kami boleh membuat kerja rumah pada masa lapang supaya kami tidak membuang masa. Ia akan meningkatkan pengetahuan kami.

Pada seluruhnya, kerja rumah ada baik dan buruknya. Pada pendapat saya, kerja rumah akan membuat seseorang itu tertekan tetapi ia juga berfaedah kepada seseorang itu.

Posted by MUNI- at 8:35 AM

Topik 4.

Topik a.
*Huraikan bagaimana semangat hidup kejiranan dapat dipupuk di kalangan penduduk Singapura.

Adakah anda ada perasaan yang pada masa kini, semangat hidup kejiranan kami, iaitu rakyat-rakyat Singapura, semakin lama semakin sedikit? Walau bagaimanapun, saya rasa demikian.

Pada masa kini, semakin ramai orang berpindah rumah. Mereka akan berada di tempat yang mereka tidak tahu jiran-iran mereka. Pada zaman dahulu, jika ada orang yang baru berpindah di kawasan mereka, jiran mereka akan meyambut mereka di tempat itu. Tetapi pada masa kini, kami lihat hanya sedikit orang yang menyambut jiran baru mereka, ia itu orang yang baru pindah. Masaalah ini ialah salah satu yang menyebabkan kekurangan dalam semangat hidup kejiranan.

Salah satu lagi masaalah ialah pada masa dahulu, jiran akan memberi, berkongsi dan tukar-menukar makanan antara satu sama lain pada masa-masa perayaan tetapi sekarang, hanya sedikit orang membuat demikian. Keluarga saya melakukan demikian. Kami baru sahaja berpindah dua tahun lalu. Pada mulanya, kami fikir yang penduduk kawasan baru kami agak sombong kerana mereka semua kaya-kaya orangnya. Tetapi, mereka semua peramah. Apabila kami berjumpa mereka dimana-mana seperti di dalam lif, kami akan bersenuyman dan kadang-kala, kami akan berbual-bual. Jiran yang paling rapat ia-lah jiran sebelah kami akan tukar-menukar makanan pada hari perayaan masing-masing.

Pada masa kini juga, ramai orang suka berjiran dengan orang yang berbangsa atau beragama sama seperti mereka sahaja. Kita tidak patut membuat demikian kerena Singapura sebuah tempat yang ada berbagai jenis bangsa dan agama dan kami patut berjiran dengan semua.

Untuk meningkatkan semangat hidup kejiraan, kami patut berkawan dengan jiran-jiran kami. Sekurang-kurangnya bersenyum kepada mereka. Kami patut berkongsi dan tukar-menukar makanan. kami juga patut berjiran dengan semua bangsa dan agama. Meningkat semangat hidup kejiranan ialah sesuatu yang baik kerana ia akan meningkat kesatupaduan Singapura dan ia akan membuat Singapura sebuah tempat yang lebih baik. Jika kamu ambil berat tentang diri mereka, mereka akan mengambil berat tentang diri kamu.

Posted by MUNI- at 8:35 AM

Sunday, February 25, 2007

Topik 3.

*Remaja dan tatu. Bincangkan.

Pada masa kini, kami melihat jumlah remaja yang bertatu semakin banyak dan meningkat. Kami boleh lihat remaja-remaja yang bertatu ini dimana sahaja. Tidak kira di pusat membeli-belah, di bawah blok, di pusat makanan atau di ‘tempat lepak’ mereka. Remaja yang bertatu ini datang dari berbagai-bagai bangsa dan agama. Walaupun agama Islam kami ini melarangkan kami bertatu, masih ada ramai yang bertatu.

Tatu ialah sesuatu yang kekal. Ia hanya boleh dikeluarkan dengan harga yang tinggi dengan alat-alat moden yang akan menyebabkan kesakitan yang teruk. Untuk membuat tatu bukannya murah. Ia sangat mahal. Walaupun saiznya hanya sebutir telur, harganya berjangka dari tiga puluh lima dolar hingga enam puluh dolar. Bayangkan berapa seseorang itu membayar jika mereka membuat tatu di seluruh badannya. Kebanyakkan duit mereka dibuang kerana hendak membuat tatu. Ia aneh bukan? Jika seorang itu bekerja keras untuk mendapati duit hanya kerana mereka hendak membuat tatu. Tetapi, ada orang yang telah membuat demikian. Proses membuat tatu sangat sakit.

Munkin anda sedang menanya mengapakah remaja-remaja ini hendak membuat tatu di badan mereka. Mereka membuat demikian kerana banyak sebab. Satu dari sebab-sebab itu ialah mereka dipengaruhi kawan dan tekanan persahabatan kerana kawan mereka itu bertatu, mereka juga bertatu kerana jika mereka tidak, mereka akan terasa ketinggalan atau kerana kawan-kawan mereka yang mengejek mereka kerana tidak bertatu lalu mereka tidak suka ejekkan merea dan membuat tatu. Ada yang hendak membuat tatu kerana mereka hendak cuba. Saya terbaca di berita harian, ada seorang budak yang membuat tatu kerana semua kawan-kawannya cina dan mereka bertatu lalu dia mahu cuba. Ada juga orang yang membuat tatu kerana mereka merasakan yang ia boleh membuat mereka lebih tabah, garang dan kuat. Tetapi mereka tidak tahu yang kepada orang lain, membuat tatu ialah sesuatu yang jijik kepada mereka.

Bukan lelaki sahaja yang bertatu tetapi perempuan juga. Mereka membuat tatu kerana sebab-sebab yang lain. Ada yang membuat tatu kerana mereka merasakan ia cantik dan ia akan mencantikkan tubuh mereka. Ada yang membuat tatu kerana ia sebuah fesyen dan tren.

Kita dapat mempelajari banyak mengenai remaja-remaja sekarang. Saya harap perkara ini tidak akan mengembang dan semua golongan masyarakat mungkin boleh menolong mereka yangsudah terlanjur dalam perkara ini.

Posted by MUNI- at 6:57 AM

Topik 2.

* Kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini. Apa pendapat kamu?

Makna kawalan ketat dalam kamus dewan edisi keempat ialah hukuman yang menyekat kebebasan pegerakkan seseorang. Ya, ibu bapa tetap harus memberi kawalan yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka. Mengawal gerak-geri terhadap anak-anak mereka amat penting. Ibu bapa harus tahu jika anak-anak mereka membuat kelakuan- kelakuan yang buruk atau yang baik.

Semua ibu bapa harapkan yang anak mereka akan menjadi seorang yang baik apabila dewasa nanti, bukan ?Jika mereka tidak mengawal anak-anak mereka, anak-anak mereka boleh terlibat dalam perbuatan yang buruk seperti pergaduhan, mengambil deadah atau minum arak, pencurian, melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka dan sebagainya.

Mereka membuat perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini kerana banyak sebab. Pertama, mereka membuat perbuatan-perbuatan ini kerana dipengaruhi kawan. Kawan mereka akan mendorong mereka melakukan aktiviti yang dilarang undang-undang. Kedua, mereka melakukan perbuatan-perbuatan ini kerana bosan di rumah. Mereka mahu mencuba sesuatu yang menarik kepada diri mereka. Ketiga, mereka mahu menunjuk keberanian atau ketabahan mereka kepada kawan-kawan supaya diketahui sebagai seorang yang berkuasa. Keempat, mereka hendak melepaskan kegeraman mereka terhadap sesuatu.

Tetapi, kawalan ibu bapa terhadap gerak-geri anak mereka tidak seharusnya menjadi terlalu ketat atau longgar. Ibu bapa fikir kawalan yang ketat ialah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak mereka tetapi tanpa mereka sedari, ia akan membuat anak-anak mereka semakin memberontak. Anak-anak mereka ini bosan dikongkong dan mereka inginkan kebebasan. Ibu bapa lain menekankan kawalan yang longgar terhadap anak mereka kerana mereka tidak mahu anak mereka berasa tertekan dan mereka menganggap yang anak mereka tahu membezakan antara baik dan buruk tetapi kawalan terhadap mereka terlalu longgar sehingga pergaulan anak-anak mereka terkeluar daripada batasannnya.

Pada pendapat saya, kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini tetapi bukan kawalan yang terlalu ketat atau yang terlalu longgar.

Posted by MUNI- at 3:10 AM