Sunday, February 25, 2007
Topik 3.
*Remaja dan tatu. Bincangkan.
Pada masa kini, kami melihat jumlah remaja yang bertatu semakin banyak dan meningkat. Kami boleh lihat remaja-remaja yang bertatu ini dimana sahaja. Tidak kira di pusat membeli-belah, di bawah blok, di pusat makanan atau di ‘tempat lepak’ mereka. Remaja yang bertatu ini datang dari berbagai-bagai bangsa dan agama. Walaupun agama Islam kami ini melarangkan kami bertatu, masih ada ramai yang bertatu.
Tatu ialah sesuatu yang kekal. Ia hanya boleh dikeluarkan dengan harga yang tinggi dengan alat-alat moden yang akan menyebabkan kesakitan yang teruk. Untuk membuat tatu bukannya murah. Ia sangat mahal. Walaupun saiznya hanya sebutir telur, harganya berjangka dari tiga puluh lima dolar hingga enam puluh dolar. Bayangkan berapa seseorang itu membayar jika mereka membuat tatu di seluruh badannya. Kebanyakkan duit mereka dibuang kerana hendak membuat tatu. Ia aneh bukan? Jika seorang itu bekerja keras untuk mendapati duit hanya kerana mereka hendak membuat tatu. Tetapi, ada orang yang telah membuat demikian. Proses membuat tatu sangat sakit.
Munkin anda sedang menanya mengapakah remaja-remaja ini hendak membuat tatu di badan mereka. Mereka membuat demikian kerana banyak sebab. Satu dari sebab-sebab itu ialah mereka dipengaruhi kawan dan tekanan persahabatan kerana kawan mereka itu bertatu, mereka juga bertatu kerana jika mereka tidak, mereka akan terasa ketinggalan atau kerana kawan-kawan mereka yang mengejek mereka kerana tidak bertatu lalu mereka tidak suka ejekkan merea dan membuat tatu. Ada yang hendak membuat tatu kerana mereka hendak cuba. Saya terbaca di berita harian, ada seorang budak yang membuat tatu kerana semua kawan-kawannya cina dan mereka bertatu lalu dia mahu cuba. Ada juga orang yang membuat tatu kerana mereka merasakan yang ia boleh membuat mereka lebih tabah, garang dan kuat. Tetapi mereka tidak tahu yang kepada orang lain, membuat tatu ialah sesuatu yang jijik kepada mereka.
Bukan lelaki sahaja yang bertatu tetapi perempuan juga. Mereka membuat tatu kerana sebab-sebab yang lain. Ada yang membuat tatu kerana mereka merasakan ia cantik dan ia akan mencantikkan tubuh mereka. Ada yang membuat tatu kerana ia sebuah fesyen dan tren.
Kita dapat mempelajari banyak mengenai remaja-remaja sekarang. Saya harap perkara ini tidak akan mengembang dan semua golongan masyarakat mungkin boleh menolong mereka yangsudah terlanjur dalam perkara ini.
Posted by MUNI- at 6:57 AM
Topik 2.
* Kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini. Apa pendapat kamu?Makna kawalan ketat dalam kamus dewan edisi keempat ialah hukuman yang menyekat kebebasan pegerakkan seseorang. Ya, ibu bapa tetap harus memberi kawalan yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka. Mengawal gerak-geri terhadap anak-anak mereka amat penting. Ibu bapa harus tahu jika anak-anak mereka membuat kelakuan- kelakuan yang buruk atau yang baik.
Semua ibu bapa harapkan yang anak mereka akan menjadi seorang yang baik apabila dewasa nanti, bukan ?Jika mereka tidak mengawal anak-anak mereka, anak-anak mereka boleh terlibat dalam perbuatan yang buruk seperti pergaduhan, mengambil deadah atau minum arak, pencurian, melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka dan sebagainya.
Mereka membuat perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini kerana banyak sebab. Pertama, mereka membuat perbuatan-perbuatan ini kerana dipengaruhi kawan. Kawan mereka akan mendorong mereka melakukan aktiviti yang dilarang undang-undang. Kedua, mereka melakukan perbuatan-perbuatan ini kerana bosan di rumah. Mereka mahu mencuba sesuatu yang menarik kepada diri mereka. Ketiga, mereka mahu menunjuk keberanian atau ketabahan mereka kepada kawan-kawan supaya diketahui sebagai seorang yang berkuasa. Keempat, mereka hendak melepaskan kegeraman mereka terhadap sesuatu.
Tetapi, kawalan ibu bapa terhadap gerak-geri anak mereka tidak seharusnya menjadi terlalu ketat atau longgar. Ibu bapa fikir kawalan yang ketat ialah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak mereka tetapi tanpa mereka sedari, ia akan membuat anak-anak mereka semakin memberontak. Anak-anak mereka ini bosan dikongkong dan mereka inginkan kebebasan. Ibu bapa lain menekankan kawalan yang longgar terhadap anak mereka kerana mereka tidak mahu anak mereka berasa tertekan dan mereka menganggap yang anak mereka tahu membezakan antara baik dan buruk tetapi kawalan terhadap mereka terlalu longgar sehingga pergaulan anak-anak mereka terkeluar daripada batasannnya.
Pada pendapat saya, kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini tetapi bukan kawalan yang terlalu ketat atau yang terlalu longgar.
Posted by MUNI- at 3:10 AM
Friday, February 9, 2007

Ini gambar saya dan adik saya semasa kami kecil lagi. Comel bukan? haha.
Posted by MUNI- at 1:09 AM
Thursday, February 8, 2007
tentang SAYA :]

Hi nama saya
Munirah. Saya dari Sekolah Menengah Fairfield Methodist. Kelas saya menengah tiga D . Saya suka bermain sukan tetapi bukan berlari. Perkara yang menakjubkan ialah saya tidak suka berlari tetapi saya boleh berlari dengan pantas. Saya juga suka makan makanan yang aneh seperti makanan yang saya tidak pernah lihat atau rasa dahulu. Saya ada kawan-kawan yang rapat dan saya akan menjadi sentiasa gembira setiap kali bersama mereka. Saya ada dua orang adik lelaki yang lebih muda daripada saya. Satu daripada mereka, menengah satu dan lagi satu darjah lima. Umur kami semua berlainan dua tahun.Saya amat sayangi mereka. :) Saya memilih lagu ini kerana ia memberi rasa yang menyoronokkan. Ia membuat saya merasakan yang saya di dalam sebuah panggung aksi. Saya suka musik yang pertama yang dimainkan dengan gitar elektrik.Saya memilih 'kulit' blog ini kerana ia cantik dan abstrak dan ia juga melambangi remaja.Oh ya. Ini pertama kali saya menggunakan blog. Saya harap saya membuat blog ini dengan baik.
Terima kasih kerana telah mengunjungi blog saya in :D
Posted by MUNI- at 4:10 AM
Wednesday, February 7, 2007
Topik 1.
* Remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3, internet dan sebagainya sebagai temanmenghibur diri. Setujukah kamu?
Tidak. Saya tidak setuju kepada pendapat yang diberi di atas. Walaupun seorang remaja itu mungkin ada kebendaan sebegini, tidak semestinya mereka bergantung kepadanya. Manusia masa kini menggunakan benda-benda elektronik seperti alat mp3, telefon bimbit dan sebagainya. Tetapi mereka tidak seratus peratus persen bergantung kepada benda-benda ini. Mereka pasti sekurang-kurangnya ada seorang kawan. Siapa tidak mahu kawan?
Perkara pertama yang saya mahu membincangkan ialah tentang kebendaan yang dikatakan. Benda-benda ini hanya untuk menghiburkan kami sahaja. Ia bukan sesuatu yang berkata-kata. Kami hanya menggunakan benda-benda ini apabila kami bosan atau tidak ada sesiapa untuk bersembang dengan. Ia tidak akan bergurau dengan kamu dan membuat kamu ketawa. Ia juga tidak akan mendengar cerita-cerita yang kamu mahu memberitahu. Ia hanya sebuah barang.
Bayangkan, jika kami hidup tanpa kawan. Hidup kami akan menjadi sentiasa bosan. Tidak ada sesiapapun yang boleh kamu berbual-bual dengan. Ya, kami ada keluarga, tetapi mereka bukan baya kami. Kadang-kala kami tidak begitu minat tentang topik-topik yang dibual mereka. Jika kamu ada masaalah, tiada sesiapa yang boleh menolong kamu selesainya. Seperti yang dikatakan di atas, ya, keluarga boleh menolong kami tetapi ada sebahagian masaalah yang hanya kawan boleh menolong. Jika tiada kawan juga,siapa akan menasihati atau ceriahkan kamu apabila kamu sedih? Tanpa kawan, hidup akan menjadi susah dan kamu akan menjadi bersendirian.
Saya setuju bahawa munkin remaja tidak begitu memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan tetapi hanya jika mereka membeli benda elektronik yang baru seperti ‘PSP’. Mereka akan menjadi ketagih bermain dengan alat elektronik mereka untuk sementara hingga mereka jelak atau puas dengan barang itu. Benda-benda elektronik ini juga untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ada kebendaaan elektronik ini yang boleh menyebabkan keburukan dalam kesihatan jika digunakan terlalu banyak. Ada seeorang budak di negeri Jepun meninggal dunia kerana bermain dengan komputernyya selama tiga hari tanpa tidur atau makan dan minum.
Kami boleh beli benda-benda elektronik ini tetapi kami tidak boleh beli persahabatan. Dengan itu, saya berpendapat yang remaja perlukan kawan-kawan kerana tanpa mereka, hidup seseorang tu akan menjadi sebuah hidup yang sangat bosan dan tidak meria bersama sebuah barangan yang tidak hidup.
Posted by MUNI- at 1:17 AM