Wednesday, February 7, 2007

Topik 1.

* Remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3, internet dan sebagainya sebagai temanmenghibur diri. Setujukah kamu?

Tidak. Saya tidak setuju kepada pendapat yang diberi di atas. Walaupun seorang remaja itu mungkin ada kebendaan sebegini, tidak semestinya mereka bergantung kepadanya. Manusia masa kini menggunakan benda-benda elektronik seperti alat mp3, telefon bimbit dan sebagainya. Tetapi mereka tidak seratus peratus persen bergantung kepada benda-benda ini. Mereka pasti sekurang-kurangnya ada seorang kawan. Siapa tidak mahu kawan?

Perkara pertama yang saya mahu membincangkan ialah tentang kebendaan yang dikatakan. Benda-benda ini hanya untuk menghiburkan kami sahaja. Ia bukan sesuatu yang berkata-kata. Kami hanya menggunakan benda-benda ini apabila kami bosan atau tidak ada sesiapa untuk bersembang dengan. Ia tidak akan bergurau dengan kamu dan membuat kamu ketawa. Ia juga tidak akan mendengar cerita-cerita yang kamu mahu memberitahu. Ia hanya sebuah barang.

Bayangkan, jika kami hidup tanpa kawan. Hidup kami akan menjadi sentiasa bosan. Tidak ada sesiapapun yang boleh kamu berbual-bual dengan. Ya, kami ada keluarga, tetapi mereka bukan baya kami. Kadang-kala kami tidak begitu minat tentang topik-topik yang dibual mereka. Jika kamu ada masaalah, tiada sesiapa yang boleh menolong kamu selesainya. Seperti yang dikatakan di atas, ya, keluarga boleh menolong kami tetapi ada sebahagian masaalah yang hanya kawan boleh menolong. Jika tiada kawan juga,siapa akan menasihati atau ceriahkan kamu apabila kamu sedih? Tanpa kawan, hidup akan menjadi susah dan kamu akan menjadi bersendirian.

Saya setuju bahawa munkin remaja tidak begitu memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan tetapi hanya jika mereka membeli benda elektronik yang baru seperti ‘PSP’. Mereka akan menjadi ketagih bermain dengan alat elektronik mereka untuk sementara hingga mereka jelak atau puas dengan barang itu. Benda-benda elektronik ini juga untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ada kebendaaan elektronik ini yang boleh menyebabkan keburukan dalam kesihatan jika digunakan terlalu banyak. Ada seeorang budak di negeri Jepun meninggal dunia kerana bermain dengan komputernyya selama tiga hari tanpa tidur atau makan dan minum.

Kami boleh beli benda-benda elektronik ini tetapi kami tidak boleh beli persahabatan. Dengan itu, saya berpendapat yang remaja perlukan kawan-kawan kerana tanpa mereka, hidup seseorang tu akan menjadi sebuah hidup yang sangat bosan dan tidak meria bersama sebuah barangan yang tidak hidup.

Posted by MUNI- at 1:17 AM