Sunday, February 25, 2007

Topik 2.

* Kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini. Apa pendapat kamu?

Makna kawalan ketat dalam kamus dewan edisi keempat ialah hukuman yang menyekat kebebasan pegerakkan seseorang. Ya, ibu bapa tetap harus memberi kawalan yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka. Mengawal gerak-geri terhadap anak-anak mereka amat penting. Ibu bapa harus tahu jika anak-anak mereka membuat kelakuan- kelakuan yang buruk atau yang baik.

Semua ibu bapa harapkan yang anak mereka akan menjadi seorang yang baik apabila dewasa nanti, bukan ?Jika mereka tidak mengawal anak-anak mereka, anak-anak mereka boleh terlibat dalam perbuatan yang buruk seperti pergaduhan, mengambil deadah atau minum arak, pencurian, melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka dan sebagainya.

Mereka membuat perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini kerana banyak sebab. Pertama, mereka membuat perbuatan-perbuatan ini kerana dipengaruhi kawan. Kawan mereka akan mendorong mereka melakukan aktiviti yang dilarang undang-undang. Kedua, mereka melakukan perbuatan-perbuatan ini kerana bosan di rumah. Mereka mahu mencuba sesuatu yang menarik kepada diri mereka. Ketiga, mereka mahu menunjuk keberanian atau ketabahan mereka kepada kawan-kawan supaya diketahui sebagai seorang yang berkuasa. Keempat, mereka hendak melepaskan kegeraman mereka terhadap sesuatu.

Tetapi, kawalan ibu bapa terhadap gerak-geri anak mereka tidak seharusnya menjadi terlalu ketat atau longgar. Ibu bapa fikir kawalan yang ketat ialah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak mereka tetapi tanpa mereka sedari, ia akan membuat anak-anak mereka semakin memberontak. Anak-anak mereka ini bosan dikongkong dan mereka inginkan kebebasan. Ibu bapa lain menekankan kawalan yang longgar terhadap anak mereka kerana mereka tidak mahu anak mereka berasa tertekan dan mereka menganggap yang anak mereka tahu membezakan antara baik dan buruk tetapi kawalan terhadap mereka terlalu longgar sehingga pergaulan anak-anak mereka terkeluar daripada batasannnya.

Pada pendapat saya, kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini tetapi bukan kawalan yang terlalu ketat atau yang terlalu longgar.

Posted by MUNI- at 3:10 AM