Sunday, February 25, 2007
Topik 3.
*Remaja dan tatu. Bincangkan.
Pada masa kini, kami melihat jumlah remaja yang bertatu semakin banyak dan meningkat. Kami boleh lihat remaja-remaja yang bertatu ini dimana sahaja. Tidak kira di pusat membeli-belah, di bawah blok, di pusat makanan atau di ‘tempat lepak’ mereka. Remaja yang bertatu ini datang dari berbagai-bagai bangsa dan agama. Walaupun agama Islam kami ini melarangkan kami bertatu, masih ada ramai yang bertatu.
Tatu ialah sesuatu yang kekal. Ia hanya boleh dikeluarkan dengan harga yang tinggi dengan alat-alat moden yang akan menyebabkan kesakitan yang teruk. Untuk membuat tatu bukannya murah. Ia sangat mahal. Walaupun saiznya hanya sebutir telur, harganya berjangka dari tiga puluh lima dolar hingga enam puluh dolar. Bayangkan berapa seseorang itu membayar jika mereka membuat tatu di seluruh badannya. Kebanyakkan duit mereka dibuang kerana hendak membuat tatu. Ia aneh bukan? Jika seorang itu bekerja keras untuk mendapati duit hanya kerana mereka hendak membuat tatu. Tetapi, ada orang yang telah membuat demikian. Proses membuat tatu sangat sakit.
Munkin anda sedang menanya mengapakah remaja-remaja ini hendak membuat tatu di badan mereka. Mereka membuat demikian kerana banyak sebab. Satu dari sebab-sebab itu ialah mereka dipengaruhi kawan dan tekanan persahabatan kerana kawan mereka itu bertatu, mereka juga bertatu kerana jika mereka tidak, mereka akan terasa ketinggalan atau kerana kawan-kawan mereka yang mengejek mereka kerana tidak bertatu lalu mereka tidak suka ejekkan merea dan membuat tatu. Ada yang hendak membuat tatu kerana mereka hendak cuba. Saya terbaca di berita harian, ada seorang budak yang membuat tatu kerana semua kawan-kawannya cina dan mereka bertatu lalu dia mahu cuba. Ada juga orang yang membuat tatu kerana mereka merasakan yang ia boleh membuat mereka lebih tabah, garang dan kuat. Tetapi mereka tidak tahu yang kepada orang lain, membuat tatu ialah sesuatu yang jijik kepada mereka.
Bukan lelaki sahaja yang bertatu tetapi perempuan juga. Mereka membuat tatu kerana sebab-sebab yang lain. Ada yang membuat tatu kerana mereka merasakan ia cantik dan ia akan mencantikkan tubuh mereka. Ada yang membuat tatu kerana ia sebuah fesyen dan tren.
Kita dapat mempelajari banyak mengenai remaja-remaja sekarang. Saya harap perkara ini tidak akan mengembang dan semua golongan masyarakat mungkin boleh menolong mereka yangsudah terlanjur dalam perkara ini.
Posted by MUNI- at 6:57 AM