Saturday, March 17, 2007
Topik 4.
Topik a.*Huraikan bagaimana semangat hidup kejiranan dapat dipupuk di kalangan penduduk Singapura.
Adakah anda ada perasaan yang pada masa kini, semangat hidup kejiranan kami, iaitu rakyat-rakyat Singapura, semakin lama semakin sedikit? Walau bagaimanapun, saya rasa demikian.
Pada masa kini, semakin ramai orang berpindah rumah. Mereka akan berada di tempat yang mereka tidak tahu jiran-iran mereka. Pada zaman dahulu, jika ada orang yang baru berpindah di kawasan mereka, jiran mereka akan meyambut mereka di tempat itu. Tetapi pada masa kini, kami lihat hanya sedikit orang yang menyambut jiran baru mereka, ia itu orang yang baru pindah. Masaalah ini ialah salah satu yang menyebabkan kekurangan dalam semangat hidup kejiranan.
Salah satu lagi masaalah ialah pada masa dahulu, jiran akan memberi, berkongsi dan tukar-menukar makanan antara satu sama lain pada masa-masa perayaan tetapi sekarang, hanya sedikit orang membuat demikian. Keluarga saya melakukan demikian. Kami baru sahaja berpindah dua tahun lalu. Pada mulanya, kami fikir yang penduduk kawasan baru kami agak sombong kerana mereka semua kaya-kaya orangnya. Tetapi, mereka semua peramah. Apabila kami berjumpa mereka dimana-mana seperti di dalam lif, kami akan bersenuyman dan kadang-kala, kami akan berbual-bual. Jiran yang paling rapat ia-lah jiran sebelah kami akan tukar-menukar makanan pada hari perayaan masing-masing.
Pada masa kini juga, ramai orang suka berjiran dengan orang yang berbangsa atau beragama sama seperti mereka sahaja. Kita tidak patut membuat demikian kerena Singapura sebuah tempat yang ada berbagai jenis bangsa dan agama dan kami patut berjiran dengan semua.
Untuk meningkatkan semangat hidup kejiraan, kami patut berkawan dengan jiran-jiran kami. Sekurang-kurangnya bersenyum kepada mereka. Kami patut berkongsi dan tukar-menukar makanan. kami juga patut berjiran dengan semua bangsa dan agama. Meningkat semangat hidup kejiranan ialah sesuatu yang baik kerana ia akan meningkat kesatupaduan Singapura dan ia akan membuat Singapura sebuah tempat yang lebih baik. Jika kamu ambil berat tentang diri mereka, mereka akan mengambil berat tentang diri kamu.
Posted by MUNI- at 8:35 AM