Saturday, March 17, 2007

Topik 5.

Topik b.
*Kerja-kerja rumah yang sering diberikan oleh guru-guru patut ditiadakan. Berikan sebab-sebab samada awak bersetuju atau tidak.

Kerja-kerja rumah sering diberi oleh guru-guru sekolah kepada murid-murid mereka di sekolah. Saya setuju dengan kenyataan yang kerja-kerja rumah yang sering diberikan oleh guru-guru patut ditiadakan.

Ramai murid sekolah mengadu yang guru mereka tidak patut memberi kerja rumah kerana dengan kerja rumah, mereka telah mengatasi banyak masaalah. Kerja rumah akan membuat seorang itu rasa tertekan. Jika seseorang itu diberi banyak kerja rumah, minda mereka akan memikir terlalu banyak lalu mereka akan rasa tertekan.

Kami perlu menimbang belajar dan bermain bukan? Kerja rumah seperti belajar. Di sekolah, kami belajar. Jika guru memberi kerja rumah yang harus diselesaikan di rumah, bilakah boleh kami bermain? Kadang kala, setelah sekolah selesai, kami akan mengada aktiviti –akitiviti sekolah. Kami akan balik lewat ke rumah. Jika guru memberikan kerja rumah, kami terpaksa tidur lewat malam kerana membuat kerja rumah. Ia tidak begitu sihat kerana kami terpaksa bangun siang untuk ke sekolah pada keesokkan hari. Kerja rumah mengurangkan masa kami untuk membuat apa-apa sahaja seperti bersama keluarga dan keluar dari rumah.

Tetapi sebahagian saya tidak setuju dengan kenyataan di atas yang kerja-kerja rumah yang sering diberikan guru-guru patut ditiadakan kerana kerja rumah membawa banyak faedah. Kerja rumah ialah latihan yang diberi oleh guru supaya seorang murid itu dapat memahami lebih tentang topik yang diajar oleh guru mereka. Kerja rumah juga ialah sesuatu yang memperbaiki kami dalam sebuah subjek. Ia juga mengembangkan sel-sel di minda kami. Kami boleh membuat kerja rumah pada masa lapang supaya kami tidak membuang masa. Ia akan meningkatkan pengetahuan kami.

Pada seluruhnya, kerja rumah ada baik dan buruknya. Pada pendapat saya, kerja rumah akan membuat seseorang itu tertekan tetapi ia juga berfaedah kepada seseorang itu.

Posted by MUNI- at 8:35 AM