Wednesday, May 30, 2007
Topik 6.
*Ramai remaja dewasa ini yang terlibat dalam kegiatan seks rambang dan ini menimbulkan banyak masalah. Hanya diri mereka sahaja yang patut dipersalahkan. Apa pendapat kamu???
Seks ialah sesuatu yang diharamkan di umat Islam. Tetapi masih ada ramai yang membuat demikian. Bilangan kelakuan seks di kalangan remaja ini sedang dan telah semakin meningkat. Ini sesuatu yang menakutkan dan membimbangkan kerana ini ialah sesuatu yang kami ingat tidak boleh berlaku. Apa yang lebih menakutkan ialah umur seorang budak itu apabila pertama kali melakukannya .kelakuan seks ini dilakukan oleh seorang budak apabila masih berada di sekolah rendah. Pernah dicatat di akhbar yang seorang budak perempuan berumur sembilan tahun telah hamil kerana telah melakukan seks. Saya terperanjat apabila membaca berita ini.
Seks telah menjadi sebuah tren pada zaman remaja ini. Mengapa mereka membuat demikian? Ramai daripada remaja-remaja ini dibiarkan di rumah dan tidak dikawal. Jika tidak dikawal, mereka bebas untuk membuat apa sahaja mereka suka. Mereka boleh menggunakan computer sepanjang hari ataupun mereayap sebelum ibu bapa mereka pulang. Komputer ialah sesuatu alat yang boleh membawa keburukkan. Komputer ada ruang chat dan ramai daripada orang yang membuat seks dikenalkan di ruang chat. Ada seorang pelapor hendak membuat eksperimen. Dia cuba menjadi seorang perempuan berumur tiga belas tahun di ruang chat dan ramai lelaki menyuruhnya membuat seks dengan mereka. Akhirnya, dia memberitahu mereka umur sebenarnya dan kerjanya. Kajian ini menerangkan lebih tentang peningkatan kelakuan seks. Jadi hanyakah diri mereka sahaja yang patut dipersalahkan? Ini semua bermula dengan kawalan ibu bapa terhadap anak mereka.
Remaja juga membuat seks kerana mahu cuba dan rasa apa ia benar-benar. Kadang-kala remaja membuatnya untuk hilang geram mereka terhadap sesuatu. Kadang-kala juga, mereka membuatnya untuk menunjuk pemberontakkan mereka. Kelakuan ini semua mahu diberhentikan oleh masyarakat. Apa yang boleh kami lakukan? Kadang-kala remaja remaja membuat kelakuan ini, tanpa memikir tentang akibatnya yang buruk seperti mereka boleh hamil, mendapat virus HIV dan banyak lagi. Kami boleh meletakkan poster-poster di mana-mana sahaja untuk meningkat kesedaran. Kami boleh juga mengadakan kempen-kempen atau bengkel untuk mengasuh ibu bapa supaya menjaga atau mengawal anak mereka dengan betul supaya kelakuan seks atau tidak akan terjadi.
Kami semua harus memainkan peranan untuk mengurangkan atau memberhentikan remaja membuat seks.
Posted by MUNI- at 8:13 PM